Saturday 4 January 2014

sweet 18

Assalamualaikum and hye guys :/

pecite pecite semuanya? ade baik? hihihih so so so pada tanggal 18.12.2013 im officially 18 years old. Alhamdulillah :) aku dah hidup di muka bumi Allah ini selama 18 tahun. Alhamdulillah. terima kasih ibu ayah yang telah membesarkan aku yang comel ini. oppss sorry sorry terangkat bakul sendiri. hahahah. since birthday aku bulan 12 memang tak pernah kena waktu sekolah. selalu waktu cuti sekolah. emmm so aku memang takde pengalaman dimana kawan kawan satu kelas nyanyi ke ape ke memang takde. kebiasaannya birthday aku ni, aku duk rumah lepak lepak watlek jek dan hanya menanti serta membalas setiap ucapan yang diberikan. heheheh

tapi lain untuk birthday aku tahun ni. birthday tahun ni first time aku jauh dengan family tak ade dengan family. rasa lain. memang lain. emm biasa kalau birthday kat rumah tu satu hari rasa macam tuan puteri dilayan ditatang dimanja hehehe. tahun ni juga birthday aku for the first time aku pergi kelas dan kawan kawan wish birthday face to face heheheh lepastu dekat asrama pon masing masing wish haaaa i feel so blessed :')

sehari sebelum birthday aku, aku keluar dengan ayu(roomate) pergi billion patuh ayu tetiba ajak aku pergi kedai silver dan..... dia suruh aku pilih gelang mana aku nak. hadiah birthday katanya. hahaha aku malu nak pilih yelah malulah patuh ayu suruh paksa pilih jugak lepastu pilihlah ukur kat tangan ape semua. ayu cakap dia bagi aku gelang biar sentiasa aku pakai sentiasa aku ingat dia. emmm how sweet ayu.

hari rabu birthday aku tetiba alia nani zana ajak lunch dekat luar memandangkan kelas kitaorang sampai pukul 1 jek. patuh aku on jeklah memula aku tak terpikir suprise ke mende sebab aku memang tengah lapar gilaaaa tu yang tak terpikir tu. hahaha lepas habis kelas ade amik gambar kelas lepastu aku nani alia terus pergi tunggu bas dorang nak ajak makan kat kopitiam dekat bandar u aku on jek sebab memang tengah lapar gila!!!! tetiba sampai bandar u kedai kopitiam tu tutup. dekat dekat dengan kopitiam tu ade SR. patuh depa pon cakap makan dekat SR jeklah. patuh tak lama tu zana sampai dengan azwa. dah order ape semua tetiba dorang macam sokseksoksek nak pilih kek bagai waktu tu aku dahh dok pikir pasal suprise tapi aku pikir depa cuma nak beli kek sepotong dua jeklah tetiba orang SR tu hantar amik kau sebiji kek. kitaorang berlima jek pon. waktu tu aku dah speechless memang taktau nak cakap apelah serious aku terharu gilaaaaa.....

hari khamis sehari lepas birthday aku tu aku pulang ke rumah tercinta mueheheh. cuti midsem katakoo. hari sabtu tu i got suprise from mak's family. sebenarnya takdelah suprise sangat sebab mak dah kantoikan plan akak akak serta abang abang aku hihihi. hari sabtu tengah hari gitu aku pergi rumah mak datang datang duk dapur lepak lepak dulu waktu tu yang ade cuma mak dengan kak long jek kak pah abang ngah semua takde even cucu mak semua takde. tak lama lepastu dorang semua balik patuh aku pi depan dorang tengah setup setup kek waktu speechless lagi sekali. terharu dan rasa bersyukur sangat. emm patuh nyanyi nyanyi makan makan. since waktu tu tak ramai kawan kawan aku ade dekat bp tercinta aku takde invite sesape pon cuma kebetulan qila nak jumpa aku, aku suruh dia datang rumah dan ajak dia makan sekali kat rumah mak.

31 hb haritu aku keluar dengan girlfriendsssss pi summit. hehehe. suddenly depa buat suprise untuk aku dengan mar(5/12). haaaaa speechless lagi sekali. emmm. tengah duduk duduk borak sakan tetiba qila letak kek kat tengah tengah meja ptuh ramai ramai nyanyi emm. saya terharu..... tapi qila sempat saiko "sorrylah kitaorang tak cukup bajet nak beli SR" saiko ya amat tau qila ni hahahahahha

so birthday aku yang ke lapan belas ni Alhamdulillah syukur.... taktau nak cakap cemana tapi aku bersyukur sangat sangat dikelilingi orang yang mengingati. Semoga Allah balas. Amin. terima kasih ayu untuk hadiah terima kasih alia nani zana dan azwa untuk suprise terima kasih mak abah kak long ngah kak pah abang faiz abang talib danial danish cha untuk suprise dan hadiah terima kasih qila fifi kinah haizu dan iman untuk suprise ke atas saya dan mar terima kasih yang tak terhingga kepada ibu ayah yang dah mebesarkan aku terima kasih ya Allah atas nikmat yang telah engkau kurniakan kepadaku sepanjang hayatku ya Allah terima kasih anugerahkan insan insan yang sentiasa ade di sisi ku yang sentiasa ingat akan ku. terima kasih atas segalanya. terima kasih semua yang wish aku. terima kasih. tetiba rasa macam artis pulak hihihi bukan ape ku cuma rasa bersyukur ya amat dan aku sangat sangat sangat menghargainya.

oh ya, haritu pika(sepupu) belanja aku makan steamboat sempena birthday katanya. terima kasih pika......
million zillion trillion thanks everyone. i do love you guys and i really really appreciate for what you had done for me. hanya Allah yang mampu balas. aku akan rindu kenangan kenangan seperti ini :")

btw, mak ialah orang jaga aku dari kecil sampai sekarang. kira macam family angkat. aku dah anggap depa satu family mcm family aku sendiri takyah nak berangkat angakat. anak anak dia dengan aku dah macam adik beradik kandung.

ayu && bracelet
dua kat atas : alia,nani
 dua dekat bawah : zana,azwa
my present from mak's family muehehe

gambar petak hujung bawah : busy mak noks bukak hadiah rasa
macam bukak hadiah kahwin pon ade jugak

gambar first : fifi, qila
gambar second: kinah,mar
gambar bawah kiri : haizu,iman
once again, Alhamdulillah syukur ya Allah ......................... terima kasih semua. terima kasih. i love you all <333333333. haaa thats all untuk kali ni heheh till we meet again. boii


XOXO,
HADIRAH <3


No comments:

Post a Comment