Sunday 20 October 2013

new life

Assalamualaikum and hye peeps :/

hye semorangggggggg! hahahaha lama gila tahap dewa tak update blog ni weh. aip aip aku seperti lupa bagaimana untuk memulakan bicara di blog ini. Ecewah ayat nak ajet ajet hahaha. Sekarang aku ade kehidupan baru, tempat baru, kawan baru, suasana baru hmm everything new.

Semorang pasti ade cita cita untuk sambung belajar ke universiti macam tu jugaklah aku. Alhamdulillah rezeki aku. Allah bagi aku peluang untuk sambung belajar. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Pada hari dimana upu dah boleh check, aku buat tak endah sebab aku pikir line mesti busy waktu tu. Lagipun aku kepenatan kerja dan aku tidur setidur tidurnya. Hahahah aku bangun tidur check handphone ade orang wasep. Kengkawan wasep tanya aku dapat upu ke tak. Aku bgtahu dorang yang aku belum check, dorang suruh aku check waktu tu jugak. Aku dengan kemalasan bangun bukak laptop.

Check punya check masukkan no ic ape semua, Alhamdulillah aku dapat. Dekat skrin laptop terteralah tahniah anda blablabla dan aku dapat kos statistik di uitm. Reaksi pertama aku biasa biasa jek sebab baru bangun tidur no feeling hahahha lagi satu sebab statistik. Aku agak blur blur jugak dengan kos yang aku dapat ni. Orang first yang aku bgtahu ibu aku. lepastu baru reply wasep kawan kawan cakap aku dapat upu ape semua.

Terdetik dekat hati nak tahu kos statistik ni dekat uitm mana. Lalu wasep dengan dq(senior waktu sekolah dulu) tanyalah dekat dia kalau kos stat ni biasa dekat uitm mana, patuh dia cakap kalau kos statistik ni dekat perak takpon kelantan. Waktu tu aku dah tak senang duduk. perak nun jauh ke utara sana, kelantan pulak nun jauh kat pantai timur sana. Aku gusar takyah ceritalah. Aku nak smabung belajar tapi aku pikir jauh sangat. dulu kemain cakap nanti nak belajar jauh jauh ape semua tulah aipp aipp. hahaha

Beberapa hari berikutnya, keputusan penempatan u keluar. Aku sikit punya debar lah nak tengok penempatan tu. Tuptuptup check dapat dekat perak. UiTM Kampus Seri Iskandar,Perak. Rasa cam nak menangis. Jauh gila wehh. Aku cakap dekat ayah dapat dekat perak hmm jauh patuh ayah cakap "orang belajar dekat oversea okay jek setakat perak pun" .

Nak tanak pergi jugak. Walaupun rasa jauh ape semua. Fikir ramai lagi mohon tapi tak dapat aku jadi bersyukur. Bersyukur gila. Aku kuatkan semangat walaupun memang sedih gila lah nak berjauh dengan family. Pestime kot berjauhan sebelum ni duk bawah ketiak ibu ayah jek tetiba ni nak pergi jauh.

Hari pendaftaran hari Ahad tapi kitaorang satu family bertolak hari sabtu. Pagi sabtu dah bertolak sedih gila nak tinggalkan BP. Pagi sabtu dah nangis meleleh bila cakap bye ape semua dekat mak abah(family angkat). Sampai Perak petang. Serious jauh gilaaa weh. 7-8 jam jugak perjalanan. Daripada tol nak ke u sikit punya jauh. Petang sabtu tu duk sorang sorang menangis lagi. haihh.

Waktu hari pendaftaran debar kemain. Daftar itu ini dapat kunci bilik dan boleh masuk bilik. Seriously, urusan pendaftaran dia cepat gila dan sangat teratur. Kejap dah settle. Aku orang first yang masuk bilik yang dimana bakal menjadi rumah kedua aku.hye B2104,Blok Bakawali 2, Kolej Cempaka Sari,UiTM Seri Iskandar,Perak. Hehehe. Lepastu sorang sorang kawan baru merangkap roomate masuk bilik.

Lepas zuhur family balik. Waktu tu tak sedih sangat sebab dah penat nangis semalam. hahaha. Petang tu dah start orientasi or they called as MDS- Minggu Destini Siswa. MDS seminggu. Bapak penat gila. Muka masing masing hitam weh lepas MDS. hahhaha. Meredah panas ape semua mana tak hitam. Seminggu tu tiap tiap petang nangis ingat rumah. hahaha. Patuh habis MDS hari jumaat text sepupu mintak dia amik sebab memang homesick gila.  Patuh dia bawak pergi rumah diaa dekat sabak bernam. Besoknya, kitaorang pergi kl sebab ade wedding patuh sepupu bawak pergi Setia Mall. BESTNYAAAA!!!!!!! hahahha thanks shila. hekhekhek. Waktu sepupu hantar balik ke u dia pesan dah jangan nak homesick lagi. hikss

Banyak lagi benda nak ceghita. Hahahaa. Entry ni mukadimah dulu lah kot. hahah. Panjang gila weh mukadimah haa kau ingat. hahahha. Kehidupan baru ni bagi aku banyak pengalaman baru. Btw, aku dekat SI ni sampai sem 2 jek. InShaaAllah sem 3 sampai habis sem dekat uitm tapah.

UiTM Kampus Seri Iskandar,Perak
Hari pendaftaran
kad matriks sementara
Bilik tercinta

roomates (lala.ayu,mira,me)

Panjang lebar kemain entry ni. hehehe.Dan dengan gembiranya aku nak bgtahu SEMESTER 1 DAH BERAKHIR!!! dan sekarang SEMESTER BREAK!!! Yeayyyy! Ringkasnya, Alhamdulillah syukur aku happy dengan kehidupan baru ini :) Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah :') Tunggu entry seterusnya.....................



XOXO,
HADIRAH <3